Sunday 21 October 2012

Jangan sampai nasi menjadi bubur..

Petikan dari Mingguan Metro Ahad- 21 Oktober 2012
Suami Buas Bawa Bala - Sebar HIV kepada pasangan selepas langgan pelacur.....
Alangkah kejamnya sang suami itu....

Bulan Bicara.....
Petikan Mingguan Metro ....di atas...
Temberang seorang suami kepada isteri kononnya pergi memancing ikan bersama rakan karib akhirnya terbongkar apabila lelaki berusia 52 tahun itu dikesan dijangkiti virus HIV selepas dipercayai melanggan pekerja seks di pekan Sungai Golok sejak 10 tahun lalu....
Suami ini telah meninggal dunia 3 bulan yang lalu...
Bahananya bukan tamat begitu saja...
Kini isteri dan anak yang berusia 7 tahun menanggung derita kerana turut dijangkiti virus HIV itu....
Dan menurut Metro juga ... kajian terbaru mendapati trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai mengidap virus maut ini berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar suami yang gemar 'makan luar' ....



No comments:

Post a Comment